Marikh, kau Bumi ku.
Sunday, December 29, 2013, ϟ 0 comment (s)
Pak
Mat meletakkan akhbar yang dibacanya di atas meja kopi. Berita tentang seorang
pemuda yang berjaya membina sebuah kehidupan di Planet Marikh itu membuatkannya
tersenyum bangga.
Siapa
tak kenal, Ezarul Affandy seorang remaja berusia 12 tahun yang mengemparkan
bumi Malaysia dengan inovasinya. Keajaiban yang tidak siapa sangka, hasil
kajiannya telah berjaya membawa manusia membina kehidupan di planet Marikh.
*
* * * *
Ketika
berusia 12 tahun, dia menghabiskan masanya selama sebulan untuk mengkaji
tentang planet Marikh, sebuah planet yang beredar di atas paksinya bersebelahan
dengan paksi planet Bumi. Kajian demi kajian dilakukan membawa kepada penemuan
demi penemuan yang memberansangkan. Lantas, satu kertas kerja berkenaan
kehidupan di planet Marikh disediakannya lalu ditunjukkan kepada bapa
kesayangannya.
“Maaf
sayang, abah tidak mempunyai wang untuk membiyayai perbelanjaan kamu.” kata Pak
Mat dengan berhati-hati. Dia takut hati anak kecilnya itu tersinggung. Dia
terkilan, dari anaknya itu kecil lagi, tidak ada apa-apa yang mewah yang mampu
dibelikan untuk anaknya. Dia hanya bekerja sebagai seorang pengawal keselamatan
yang bergaji RM 500 sebulan, masakan dia mampu untuk membeli barang-barang yang
diperlukan anaknya demi merealisasikan impian Ezarul untuk membina kehidupan di
planet Marikh.
“Tak
apalah pak. Zarul hanya mahu tunjuk dekat bapak saja. Nanti bapak bawa Zarul
pergi ke Kuala Lumpur ya? Zarul mahu jumpa dengan orang di Agensi Sains
Malaysia. Mana tahu mereka bersetuju dengan kertas kerja Zarul ini.” balas Ezarul
yang perasan perubahan muka bapanya itu. Dia tidak mahu menyusahkan bapanya.
Cukuplah bapanya sudah banyak bekorban untuk dia dan adik-beradiknya setelah
pemergian ibunya tiga tahun lepas.
*
* * * *
“Mengarut!
Mustahil! Tidak ada siapa pun yang boleh menjejakkan kaki ke planet Marikh!
Kalau kau pergi pun kau akan mati!” jerkah pegawai di Agensi Sains Malaysia.
“Kita
boleh! Kita hanya perlukan bekalan air, oksigen dan kelengkapan kehidupan
seharian untuk membolehkan kita hidup di sana.” jawab Ezarul dengan rendah
diri.
“Habistu
kau mahu tinggal di mana? Bagaimana mahu membina rumah? Sudahlah. Usiamu baru
12 tahun. Balik dan belajar, lagi bagus.” usir pegawai itu.
Ezarul
keluar dengan langkah yang longlai. Pencarian dan kajiannya selama ini berkecai
setelah diherdik sebegitu rupa. Kertas kerja itu direnyukkan lalu dicampak ke
tong sampah berdekatan perhentian bas semasa dia menunggu bas untuk pulang ke
rumah.
Tanpa
dia sedari, ada seseorang sedang memerhatikan gerak langkahnya.
*
* * * *
Deruan
enjin kereta di halaman rumahnya mengganggu konsentrasinya mengulangkaji
pelajaran. Sejak peristiwa kertas kerjanya ditolak, Ezarul nekad untuk
melupakan impiannya membina kehidupan di planet Marikh.
Dia
membuka pintu dan mendapati lelaki dihapannya tampak segak berpakaian kemeja.
Kereta yang dipandunya pula jenis BMW. “Mesti orang kaya ni.” desis hatinya.
“Encik
cari siapa?”
“Saya
mencari Ezarul Affandy.”
“Ya,
sayalah Ezarul Affandy. Hm, jemputlah naik ke rumah. Tapi rumah saya ini rumah
kayu sahaja. Maaf kalau encik tidak selesa.”
Pemuda
itu tersenyum dan bangga dengan sifat merendah diri Ezarul.
*
* * * *
“Apa?
Encik mahu tolong saya?” ucap Ezarul tidak percaya.
“Tapi
mana encik tahu tentang projek ke Marikh itu? Dan mana encik tahu saya tinggal
di sini?” sambung Ezarul.
“Saya
kutip kertas kerja awak dari tong sampah. Apalah, awak tak sepatutnya
mensia-siakan hasil usaha keras awak itu.”
Ezarul
tersengih malu. Betul kata pemuda itu. Dia tidak sepatutnya putus asa hanya
kerana kertas kerjanya baru sekali ditolak.
“Esok
awak pakai kemas-kemas dan ikut saya ke Kuala Lumpur. Saya pulang dulu, ya.”
*
* * * *
Seperti
yang dijanjikan, Ezarul berpakaian kemas untuk mengikut pemuda itu ke Kuala
Lumpur. Dia telah mendapat izin daripada bapanya. Semalaman dia tidak tidur
memikirkan kejayaan yang bakal dimilikinya kelak.
Encik
Hamdiy datang menepati janjinya hari itu lalu membawa Ezarul ke Kuala Lumpur
untuk bertemu dengan seseorang. Ezarul tidak tahu siapa orang itu tetapi
menurut Encik Hamdiy, orang itulah yang akan merealisasikan impiannya.
Sebaik
sahaja tiba di Kuala Lumpur, Ezarul dipertemukan dengan seorang ahli Kimia dan
Fizik bergelar Datuk, yang mempunyai makmal sendiri.
“Saya
berbangga kerana masih ada lagi anak muda yang ingin mengkaji perkara-perkara
sebegini, seperti kamu. Lihat sajalah, dalam arus pembangunan global masa kini,
anak muda zaman ini hanya tahu menghabiskan masa di hadapan telefon pintar
sahaja. Mungkin mereka fikir dengan berbuat sedemikian, wang akan keluar
daripada telefon itu agaknya.” ujar Datuk Kamarul Bahrin dengan sedikit bercanda.
Ezarul
hanya tersenyum. Dia sendiri akur dengan pernyataan itu. Dia sebenarnya
berpendapat, penyalahgunaan teknologi akan menjerumus remaja masa kini ke
lembah hitam yang tidak bermoral.
*
* * * *
Dengan
bantuan Datuk Kamarul Bahrin serta rakan-rakan ahli Kimianya yang lain, Ezarul
berjaya menyediakan keperluan yang diperlukan untuk membina kehidupan di planet
Marikh. Mereka kemudian menaiki roket dan bertolak ke planet Marikh untuk
menjalankan kajian di sana untuk beberapa minggu.
Berita
tentang perkara ini mendapat liputan yang sangat luas bukan sahaja di
akhbar-akhbar mahupun televisyen tempatan, malah tersebar ke seluruh pelosok
dunia. Ezarul juga berjaya mencipta rekodnya sendiri di dalam Guinness Worlds Book of Records.
Tidak
ada apa yang mampu diucapkan Ezarul selain kesyukuran yang tiada henti kepada
yang Maha Pencipta.
Kalau diberi peluang, aku mahu.
Thursday, November 21, 2013, ϟ 0 comment (s)
Kalau diberi peluang
untuk lihat diriku sendiri
aku mahu lihat
seperti apa rupaku
pabila aku masam makan asam
pabila aku merajuk minta dipujuk
pabila aku marah-marah mengarah.
Kalau diberi peluang
untuk dengar diriku sendiri
aku mahu dengar
laksana apa celotehku
tika aku bercanda bergurau senda
tika aku menyumbang nyanyian sumbang
tika aku berforum mencucuk jarum.
Aku tak mungkin mampu
mendeskripsi sendiri perilakuku
mentafsir sendiri ucapku.
Tapi kalau diberi peluang,
aku mahu.
untuk lihat diriku sendiri
aku mahu lihat
seperti apa rupaku
pabila aku masam makan asam
pabila aku merajuk minta dipujuk
pabila aku marah-marah mengarah.
Kalau diberi peluang
untuk dengar diriku sendiri
aku mahu dengar
laksana apa celotehku
tika aku bercanda bergurau senda
tika aku menyumbang nyanyian sumbang
tika aku berforum mencucuk jarum.
Aku tak mungkin mampu
mendeskripsi sendiri perilakuku
mentafsir sendiri ucapku.
Tapi kalau diberi peluang,
aku mahu.
Andai aku punyai cermin merata.
#Kolot
ϟ 0 comment (s)
Kolot.
Nampak orang pakai
Tudung labuh-labuh
Baju besar-besar
Kau deskripsi dia kolot.
Nampak orang jaga ikhtilat
Duduk jauh-jauh
Tak tepuk tampar dengan ajnabi
Kau kategori dia kolot.
Tapi maaf,
Aku yang tak mampu menentu
Kau atau dia
Yang lagi kolot.
Memerhati sepenuh perhatian dengan penuh prihatin. Kesian.
#Sandiwara
ϟ 0 comment (s)
Entah sandiwara apa lagi
yang ingin kau mainkan.
Entah mainan apa lagi,
yang ingin kau taruhkan.
Entah taruhan apa lagi,
yang ingin kau tahankan.
Cukuplah manusia,
Aku dah penat melihat,
Bumi pun dah terlalu tua untuk perhati,
Segala drama yang kau lakonkan.
Taubatlah.
yang ingin kau mainkan.
Entah mainan apa lagi,
yang ingin kau taruhkan.
Entah taruhan apa lagi,
yang ingin kau tahankan.
Cukuplah manusia,
Aku dah penat melihat,
Bumi pun dah terlalu tua untuk perhati,
Segala drama yang kau lakonkan.
Taubatlah.
Berbicara sendiri di Twitter. Heh, entah siapa yang layan.
#Gila
ϟ 0 comment (s)
Orang kata aku gila,
Jangan selongkar gila aku,
Kalau taknak gilakan aku.
Avoid ikhtilat,
Mind your distance.
Kononnya Gila.
#Aku suka menulis
Sunday, October 27, 2013, ϟ 0 comment (s)
Aku suka menulis,
Akan ku tulis,
Apa sahaja yang betul-betul,
Berlaku depan mata.
Akan ku coret,
Apa sahaja yang satu-satu,
Terlintas di fikiran.
Merepek yang merepek,
Terkadang entah
Kerepek apa yang aku repekkan.
Ah sudahlah,
Aku memang suka menulis.
Akan ku tulis,
Apa sahaja yang betul-betul,
Berlaku depan mata.
Akan ku coret,
Apa sahaja yang satu-satu,
Terlintas di fikiran.
Merepek yang merepek,
Terkadang entah
Kerepek apa yang aku repekkan.
Ah sudahlah,
Aku memang suka menulis.
Selepas lightOff kononnya, depan emergency light yang aku bawa.
Di dalam sebuah dorm, asrama puteri, SM Sains Batu Pahat.
#Perempuan
ϟ 0 comment (s)
Perempuan,
Kalau bercakap tak pernahnya baik,
Tengking nyaring nyaring,
Jerit sampai tekak perit,
Caci maki mintak maki.
Kalau depan lelaki,
Menggedik-gedik fikir cantik,
Tunjuk sana sini yang tak patut ditunjuk,
Main sentuh sentuh tak kira tubuh.
Eh perempuan, maruah mana?
Kalau bercakap tak pernahnya baik,
Tengking nyaring nyaring,
Jerit sampai tekak perit,
Caci maki mintak maki.
Kalau depan lelaki,
Menggedik-gedik fikir cantik,
Tunjuk sana sini yang tak patut ditunjuk,
Main sentuh sentuh tak kira tubuh.
Eh perempuan, maruah mana?
Menulis sambil berangan Buku Hitam Press nak amik buat buku puisi, heh berangan.
#Seloka Hihi :)
ϟ 0 comment (s)
Hari ini
Aku cuba berdikari
Keluar outing sendiri
Naik bas pagi-pagi.
Tiba di destinasi,
Usai perut diisi,
Kedai buku aku jejaki,
Namun hanya buku yang dibeli.
Lalu aku berjalan dan perhati,
Orang lalu lalang pelbagai aksi,
Ada budak sekolah sendiri,
Lantas aku senyum nampak gigi.
Hihi, aku sudah berdikari!
Moga hari ini datang lagi.
Dah habis Diagnostik SBP.
First time outing sendiri.
Konon nak berdikari.
Hanya BP Mall yang ku jejaki, hihi.
#Mentari
Saturday, October 26, 2013, ϟ 0 comment (s)
Wahai Matahari,
Orang kata kau kejam,
Sebab sinarmu
Memaksa insan-insan
Yang liat-liat itu bangun.
Sebab pancaranmu
Buat orang-orang
Rasa panas, badan melekit.
Tapi terima kasih,
Sebab cahayamu
Membisakan aku
Tabah mewarnai kanvas kehidupan.
Sebab bahangmu
Buat aku berani
Menghadapi mimpi dan realiti.
Orang kata kau kejam,
Sebab sinarmu
Memaksa insan-insan
Yang liat-liat itu bangun.
Sebab pancaranmu
Buat orang-orang
Rasa panas, badan melekit.
Tapi terima kasih,
Sebab cahayamu
Membisakan aku
Tabah mewarnai kanvas kehidupan.
Sebab bahangmu
Buat aku berani
Menghadapi mimpi dan realiti.
Jadi TKP banyak dugaan. Kuat ke kak?
#Fikir
ϟ 0 comment (s)
Kalau jadi orang tu,
Boleh tak dengar dari dua pihak?
Baru buat assumption,
Baru buat inference,
Baru tentukan hypothesis tu accepted ke tak,
Baru lukis graf senget ke tegak,
Baru buat conclusion.
Boleh tak?
Sedih.
new past