Assalamualaikum.
Tulislah,
tulislah apa yang ada dalam mindamu,
kerana kadang-kadang kata yang tak terkata perlu diungkap dengan kata-kata.

Puisi Cerpen

Merepek yang merepek terkadang entah kerepek apa yang aku repekkan. Ah sudahlah, aku memang suka menulis.


Nama?
Anis Amira Amir.
Tarikh Lahir? Tempat Lahir? Alamat? Sekolah?
Heh, cukup sekadar tahu namaku.
Blog ini untuk memperjudikan tulisan.
Bukan menjual diri.
Orang kata aku gila,
Jangan selongkar gila aku,
Kalau taknak gilakan aku.
Dunia dunia juga, ikhtilat jaga.
Mind your distance.
Nah, personal blog aku --> Anis A.A.
Maaf. Bahasaku mungkin kasar. Bahasaku mungkin basah. Bahasaku mungkin tak bisa kau terima. Tapi ini aku. Buat apa nak jadi orang lain?

#Aku suka menulis
Sunday, October 27, 2013, ϟ 0 comment (s)

Aku suka menulis,
Akan ku tulis,
Apa sahaja yang betul-betul,
Berlaku depan mata.
Akan ku coret,
Apa sahaja yang satu-satu,
Terlintas di fikiran.

Merepek yang merepek,
Terkadang entah
Kerepek apa yang aku repekkan.
Ah sudahlah,
Aku memang suka menulis.

; Anis A. A.
Selepas lightOff kononnya, depan emergency light yang aku bawa.
Di dalam sebuah dorm, asrama puteri, SM Sains Batu Pahat.

new past
#Aku suka menulis
Sunday, October 27, 2013, ϟ 0 comment (s)

Aku suka menulis,
Akan ku tulis,
Apa sahaja yang betul-betul,
Berlaku depan mata.
Akan ku coret,
Apa sahaja yang satu-satu,
Terlintas di fikiran.

Merepek yang merepek,
Terkadang entah
Kerepek apa yang aku repekkan.
Ah sudahlah,
Aku memang suka menulis.

; Anis A. A.
Selepas lightOff kononnya, depan emergency light yang aku bawa.
Di dalam sebuah dorm, asrama puteri, SM Sains Batu Pahat.

new
past

Marikh, kau Bumi ku.


Pak Mat meletakkan akhbar yang dibacanya di atas meja kopi. Berita tentang seorang pemuda yang berjaya membina sebuah kehidupan di Planet Marikh itu membuatkannya tersenyum bangga.
Siapa tak kenal, Ezarul Affandy seorang remaja berusia 12 tahun yang mengemparkan bumi Malaysia dengan inovasinya. Keajaiban yang tidak siapa sangka, hasil kajiannya telah berjaya membawa manusia membina kehidupan di planet Marikh.

* * * * *
Ketika berusia 12 tahun, dia menghabiskan masanya selama sebulan untuk mengkaji tentang planet Marikh, sebuah planet yang beredar di atas paksinya bersebelahan dengan paksi planet Bumi. Kajian demi kajian dilakukan membawa kepada penemuan demi penemuan yang memberansangkan. Lantas, satu kertas kerja berkenaan kehidupan di planet Marikh disediakannya lalu ditunjukkan kepada bapa kesayangannya.
          “Maaf sayang, abah tidak mempunyai wang untuk membiyayai perbelanjaan kamu.” kata Pak Mat dengan berhati-hati. Dia takut hati anak kecilnya itu tersinggung. Dia terkilan, dari anaknya itu kecil lagi, tidak ada apa-apa yang mewah yang mampu dibelikan untuk anaknya. Dia hanya bekerja sebagai seorang pengawal keselamatan yang bergaji RM 500 sebulan, masakan dia mampu untuk membeli barang-barang yang diperlukan anaknya demi merealisasikan impian Ezarul untuk membina kehidupan di planet Marikh.
“Tak apalah pak. Zarul hanya mahu tunjuk dekat bapak saja. Nanti bapak bawa Zarul pergi ke Kuala Lumpur ya? Zarul mahu jumpa dengan orang di Agensi Sains Malaysia. Mana tahu mereka bersetuju dengan kertas kerja Zarul ini.” balas Ezarul yang perasan perubahan muka bapanya itu. Dia tidak mahu menyusahkan bapanya. Cukuplah bapanya sudah banyak bekorban untuk dia dan adik-beradiknya setelah pemergian ibunya tiga tahun lepas.

* * * * *
“Mengarut! Mustahil! Tidak ada siapa pun yang boleh menjejakkan kaki ke planet Marikh! Kalau kau pergi pun kau akan mati!” jerkah pegawai di Agensi Sains Malaysia.
“Kita boleh! Kita hanya perlukan bekalan air, oksigen dan kelengkapan kehidupan seharian untuk membolehkan kita hidup di sana.” jawab Ezarul dengan rendah diri.
“Habistu kau mahu tinggal di mana? Bagaimana mahu membina rumah? Sudahlah. Usiamu baru 12 tahun. Balik dan belajar, lagi bagus.” usir pegawai itu.
Ezarul keluar dengan langkah yang longlai. Pencarian dan kajiannya selama ini berkecai setelah diherdik sebegitu rupa. Kertas kerja itu direnyukkan lalu dicampak ke tong sampah berdekatan perhentian bas semasa dia menunggu bas untuk pulang ke rumah.
Tanpa dia sedari, ada seseorang sedang memerhatikan gerak langkahnya.

* * * * *
Deruan enjin kereta di halaman rumahnya mengganggu konsentrasinya mengulangkaji pelajaran. Sejak peristiwa kertas kerjanya ditolak, Ezarul nekad untuk melupakan impiannya membina kehidupan di planet Marikh.
Dia membuka pintu dan mendapati lelaki dihapannya tampak segak berpakaian kemeja. Kereta yang dipandunya pula jenis BMW. “Mesti orang kaya ni.” desis hatinya.
“Encik cari siapa?”
“Saya mencari Ezarul Affandy.”
“Ya, sayalah Ezarul Affandy. Hm, jemputlah naik ke rumah. Tapi rumah saya ini rumah kayu sahaja. Maaf kalau encik tidak selesa.”
Pemuda itu tersenyum dan bangga dengan sifat merendah diri Ezarul.

* * * * *
“Apa? Encik mahu tolong saya?” ucap Ezarul tidak percaya.
“Tapi mana encik tahu tentang projek ke Marikh itu? Dan mana encik tahu saya tinggal di sini?” sambung Ezarul.
“Saya kutip kertas kerja awak dari tong sampah. Apalah, awak tak sepatutnya mensia-siakan hasil usaha keras awak itu.”
Ezarul tersengih malu. Betul kata pemuda itu. Dia tidak sepatutnya putus asa hanya kerana kertas kerjanya baru sekali ditolak.
“Esok awak pakai kemas-kemas dan ikut saya ke Kuala Lumpur. Saya pulang dulu, ya.”

* * * * *
Seperti yang dijanjikan, Ezarul berpakaian kemas untuk mengikut pemuda itu ke Kuala Lumpur. Dia telah mendapat izin daripada bapanya. Semalaman dia tidak tidur memikirkan kejayaan yang bakal dimilikinya kelak.
Encik Hamdiy datang menepati janjinya hari itu lalu membawa Ezarul ke Kuala Lumpur untuk bertemu dengan seseorang. Ezarul tidak tahu siapa orang itu tetapi menurut Encik Hamdiy, orang itulah yang akan merealisasikan impiannya.
Sebaik sahaja tiba di Kuala Lumpur, Ezarul dipertemukan dengan seorang ahli Kimia dan Fizik bergelar Datuk, yang mempunyai makmal sendiri.
“Saya berbangga kerana masih ada lagi anak muda yang ingin mengkaji perkara-perkara sebegini, seperti kamu. Lihat sajalah, dalam arus pembangunan global masa kini, anak muda zaman ini hanya tahu menghabiskan masa di hadapan telefon pintar sahaja. Mungkin mereka fikir dengan berbuat sedemikian, wang akan keluar daripada telefon itu agaknya.” ujar Datuk Kamarul Bahrin dengan sedikit bercanda.
Ezarul hanya tersenyum. Dia sendiri akur dengan pernyataan itu. Dia sebenarnya berpendapat, penyalahgunaan teknologi akan menjerumus remaja masa kini ke lembah hitam yang tidak bermoral.

* * * * *
Dengan bantuan Datuk Kamarul Bahrin serta rakan-rakan ahli Kimianya yang lain, Ezarul berjaya menyediakan keperluan yang diperlukan untuk membina kehidupan di planet Marikh. Mereka kemudian menaiki roket dan bertolak ke planet Marikh untuk menjalankan kajian di sana untuk beberapa minggu.

Berita tentang perkara ini mendapat liputan yang sangat luas bukan sahaja di akhbar-akhbar mahupun televisyen tempatan, malah tersebar ke seluruh pelosok dunia. Ezarul juga berjaya mencipta rekodnya sendiri di dalam Guinness Worlds Book of Records.

Tidak ada apa yang mampu diucapkan Ezarul selain kesyukuran yang tiada henti kepada yang Maha Pencipta.