Kalau diberi peluang, aku mahu.
Thursday, November 21, 2013, ϟ 0 comment (s)
Kalau diberi peluang
untuk lihat diriku sendiri
aku mahu lihat
seperti apa rupaku
pabila aku masam makan asam
pabila aku merajuk minta dipujuk
pabila aku marah-marah mengarah.
Kalau diberi peluang
untuk dengar diriku sendiri
aku mahu dengar
laksana apa celotehku
tika aku bercanda bergurau senda
tika aku menyumbang nyanyian sumbang
tika aku berforum mencucuk jarum.
Aku tak mungkin mampu
mendeskripsi sendiri perilakuku
mentafsir sendiri ucapku.
Tapi kalau diberi peluang,
aku mahu.
untuk lihat diriku sendiri
aku mahu lihat
seperti apa rupaku
pabila aku masam makan asam
pabila aku merajuk minta dipujuk
pabila aku marah-marah mengarah.
Kalau diberi peluang
untuk dengar diriku sendiri
aku mahu dengar
laksana apa celotehku
tika aku bercanda bergurau senda
tika aku menyumbang nyanyian sumbang
tika aku berforum mencucuk jarum.
Aku tak mungkin mampu
mendeskripsi sendiri perilakuku
mentafsir sendiri ucapku.
Tapi kalau diberi peluang,
aku mahu.
Andai aku punyai cermin merata.
new past